Friday, December 31, 2010

2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011....
SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DAN CEMERLANG DARI TAHUN LEPAS..

Tuesday, December 28, 2010

1 MELAYU 1 JIWA

JIWA MELAYU


Melayu bila berbicara
Lembut gigi dari lidah
Melayu lenggoknya bersopan
budinya berbahasa


   Bicaranya bersalut senyum
   Bersulam santun
   Tuturnya beralas
   Pantun berlapik seloka


Mengata orang dalam lembut
Sindir menyindir dalam tawa
Usik mengusik hanya
Dalam gurauan
Maaf bermaafan tanda sejujur budi


   Hati melayu usah disakiti
   Melayu usah ditikam
   Dari belakang
   Hati nuraninya mudah tersentuh
   Marahnya mudah
   Menjalar ke dasar sukma


Melayu punya bahasa jiwa bangsa
Melayu punya negara 
Tunggak pusaka
Melayu punya agama
Pegangan iman dan taqwa
Bahasa dan agama usah dipersenda
Negara dan Raja
Payung Bangsa Malaysia
Perkukuh bersama Rukun Negara
Perteguh bersama tekad
Bersama semangat


   Petualang bangsa pasti ditentang
   Penghianat negara usah bermain api
   Kelak membakar diri sendiri
   Penyangak lidahnya bercabang
   Penghianat bangsa hatinya
   Dihasut Syaitan jembalang


Melayu pantang dicabar
Melayu pantang diancam
Biar mata berputih tulang
Usah mati berputih mata


   Kata sakti Hang Tuah usah dilupa
   Takkan Melayu Hilang di dunia...






 Rosmerah JB
(Utusan Malaysia/Suara Rakyat Johor
 m/surat 26 bertarikh 28 Disember 2010)



Sunday, December 5, 2010

Pelancaran

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....
aku merasmikan blog aku sendiri..